#54




Bismillah.


Hujung minggu. Bilik sunyi lagi macam biasa.
Dekat luar bunyi mesin basuh yang hanya akan senyap kalau dia rosak. 
Dan langit yang tengah menangis manja.


Biasa tak semestinya selesa.


Sakit jugak bila dihukum manusia untuk sesuatu benda
, "takpee dia dah biasa.."
Semudah itu.

Orang yang dah biasa mencuri, betul ke dia suka dan selesa dgn kerja curi tu
Orang yang kau selalu gurau kasar, betul ke dia tak ambil hati dengan gurauan tu
Orang yang selalu kau mintak tolong belikan itu ini, betul ke benda tu tak bebankan dia
Orang yang kau selalu kau guna untuk kepentingan sendiri, betul ke dia tak kisah


"Takpee.. dia dah biasa dah. Aku memang macam tu dengan dia."


For once. 

Stop, observe and ponder. 

Kadang nampak orang tu okay cool je dekat luar, padahal tengah makan hati dengan sikap kita.
Yes dia dah biasa. Tapi mungkin biasa kerana terpaksa. Mungkin jugak buat-buat biasa sebab malas nak panjangkan cerita.
Alasan kau dah biasa buat macam tu dengan dia bukan bermakna dia okay je, dan kau boleh buat lagi untuk kali ke-berapa yang kau sendiri tak kira. 

Manusia tak lari dari buat dosa. Dan manusia jugak sentiasa ada ruang untuk berubah. 



Put yourself in other people shoes,  and think.



Comments

Popular Posts