#55



Bismillah


Cengkerik tengah riang ria berjimba dekat luar.
Buat majlis ta'alim agaknya.
Meriah semacam je.

Ini cerita few weeks ago. Masa musim final exam sem lepas.

A blessed friday. Pagi tu exam Mandarin. Dan nantinya straight Usul Fiqh, Social Psychology dan Psychometric bergilir hari.
Library off masa Jumuah prayer of course, so makhluk yang ada dalam tu mostly gerak pergi masjid kejap sementara tunggu library on balik.
Biasalaa, musim exam gitu memang rajin dia lain macam.

Aku laa tu salah seorang.

Jumaat dekat masjid UIA memang meriah. Kalau masuk bahagian perempuan memang macam-macam jenis manusia boleh nampak. Semua lepas je anak-anak lari tak ingat dunia dekat ruang tu. Mostly diaorg duduk dalam geng, and of course sepatah haram pun aku tak faham dengar diaorang borak walaupun muka diaorang excited habis. Bahasa yang tak pernah terlintas dekat tenlinga pun sini macam highway dah, macam-macam adaaa..

What captured my eyes masa tu was a lady yang tengah makan dekat hallway nak masuk pintu masjid, a Malay lady. Tengah makan dengan a girl, an African little girl. Yang masa tu aku ingat tu anak dia. Yeah dekat sini tak pelik a Malay kahwin dengan an African man. Their face at that time Allahu happy sangat. Macam mak puas dapat bagi anak makan, and anak happy gilaa yeay yeay dapat makanan!

Aku senyum jelaa. Nice view tu. Nasib aku tak amik gambo je.

Bila tengah tunggu untuk solat jumaat sama, that Malay lady masuk. Aku intai jugak cari mana anak dia, tak masuk sama ke hehe. Dia dah lama duduk then budak tu masuk, tapi pergi arah bertentangan. Duduk rapat dan peluk her real mother. Haha masa tu baru aku tahu tu bukan anak kakak Melayu tadi.

Ohh tu bukan anak dia. Tapi cara dia suap that girl penuh dengan kasih sayang. Tangan dia lembut suap, mata dia tatap budak tu, senyum dia. Serious aku ingat tu anak dia. Yeah I can't help but think possible reasons behind that act.
What a lovely lady she is kan? :)

Teringat umi. Teringat umi pesan.

"Always be nice to others. Firah manusia ni sebenarnya sukakan kebaikan. Tak percaya cuba buat baik, dapat rasa dalam hati perasaan puas tu boleh tolong orang. Tapi kadang-kadang, hati sendiri yang tolak kebaikan. Nampak yang buruk je. Be nice to others, see good in others. Sedangkan baby pun boleh tahu kita suka ke tak dekat dia, apa lagi budak-budak and orang tua..."

That lady's smile, mungkin dia puas.
Intrinsically.  :)


Terima kasih kakak dan adik belanja great view yang senyum kalian masih saya ingat sampai sekarang.
Terima kasih umi untuk didikan yang jitu.
Terima kasih jugak untuk yang baca, mohon ambil yang baik tinggal yang buruk.





Comments

Popular Posts