#63



Bismillah

Oh dah February tahun baru. 
Hello 2019.

In a very random conversation today, a good friend suddenly said:


"Percaya ke tak, antara syukur dengan sabar ni sebenarnya syukur lagi power.

Sebab sabar ni macam nak tak nak kita kena sabar. Bila sakit, kita kena sabar. Bila susah, kita kena sabar. We are 'forced' to sabar. Sebab memang tak boleh buat apa except for hadap and sabar, right?

Tapi syukur ni, ramai yang lupa. Ramai mana yang merengek bila lapar, tapi bila kenyang terus happy even nak cakap alhamdulillah pun dah lupa. Susah untuk kita saja-saja bila duduk dalam kereta, then rasa syukurnya ada kereta. Selalu masuk kereta, pasang lagu then chow.

Ramai mana yang tengah rilek-rilek layan movie layan drama dekat rumah, tetiba rasa syukur ada rumah untuk berteduh. Yang tau bila layan movie oh handsomenya, uishh jahatnyaa!

Syukur nampak senang daripada sabar, tapi sebenarnya dia mahal. Sebab kita dipaksa untuk sabar. Tapi tak semua orang dapat rasa nikmat bersyukur, like duduk saja- saja tetiba rasa nak bersyukur dengan apa yang ada. Satu lagi sebab sabar ni mungkin untuk benda yang hilang, benda yang tak ada, so kena sabar. Tapi syukur ni datang dengan rasa cukup dengan apa yang ada. Sape je sedar bila benda ada depan mata. Bila hilang, bila dah takde, baru rasa nak hargai. kan?"


True enough, right?

Dan sebenarnya kita boleh asuh diri untuk lahirkan rasa syukur. How?
Dengan tengok orang yang lagi kurang daripada kita.

"Fuyoo bestnyaa dia kaya, melancong dengan family dia situ sinii.."
Alhamdulillah, walaupun tak kaya, tak melancong, aku still ada family boleh tatap muka mak ayah tengok adik-adik selalu .. Ada yang dah tak dapat nikmat tu semua. Dah tak dapat nak tengok senyum ayah bonda macam mana, tak dapat rasa air tangan bonda selamanya, dah tak dapat dengar nakal adik-adik, dah hilang nasihat abang kakak..

"Perghh rumah dia besar, kereta besar, gaji besar.."
Alhamdulillah, rumah aku walaupun tak sebesar rumah dia, katil tak seempuk rumah dia, tetap boleh beri nyaman, bagi tenang tempat hilang letih. Tetap bawa tawa untuk semua. Walaupun kereta tak sebesar secanggih punya dia, masih tak ada masalah untuk kemana-mana tak kira cuaca. Walaupun gaji tak sehebat sebesar dia, tetap boleh beri mak ayah setakat mampu bila pay day, beli keperluan adik-adik dan diri sendiri. Orang homeless di kota sana, cuma punya apa yang ada dibadan. Tidur dijambatan, kadang dijalanan. Untung ada kotak boleh buat lapik, kalau tidak semin itu tilam, semin itu juga selimut. Kalau ada lebihan rezeki di hari itu, dapatlah merasa sesuap nasi. Kalau tak, roti sudah cukup beri tenaga sampai esok. Wang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu baru di Malaysia, bukan di Palestin Syria yang anaknya kutip cebisan roti dipasir beribu. Dan itu santapan pertamanya dalam 3 hari..bukan pagi ini.

Huhu. masih lagi tak mahu syukur pada Tuhan?
Hari tu terdengar ceramah dalam radio, ingat Tuhan dan syukur ni kena minta. Kena doa. Sebab manusia ni memang akarnya lupa. Dan ini doanya:



Gambar ihsan Google 

Yukk sama amalkan. 


Comments

Popular Posts