kuasa kasih sayang (:
Bismillah-ArRahman-ArRahim.
Utamanya, Maha Hebat Allah dalam mencipta. (:
Via Prof Dr.Muhaya, "kuasa terhebat selepas kuasa Allah S.W.T adalah kuasa kasih sayang."Bila cakap pasal kasih sayang, skop kasih sayang itu sendiri sangat luas dan tersangat lebar. Kasih sayang bukan terhad antara manusia dengan manusia sahaja, bahkan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Dengan haiwan,dengan alam sekitar,pendek kata bukan dengan kite-kite jer. Jika dengan manusia pun harus berkasih sayang, apalagi dengan bukan manusia kan. Pemerhatian mengajar seribu satu kesimpulan. So aku belajar ni melalui pemerhatian suatu ketika dahulu, cuma baru berkesempatan nak share. :P
Masa solat Hari Raya
Aidilfitri yang lalu, pakat-pakat laa semua pergi masjid nak solat sunat Hari
Raya kan. Of course semua lapisan masyarakat ada, warga emas, warga perak, ibu-ibu,
belia remaja dan juga.kanak-kanak. Alkisahnya ada laa budak kecik ni ikut mak
dia pergi masjid. Umur dalm 4 tahun kot.kot ler.hehe. Faham-fahamlaa kan budak
macam mana. Dia ingat masjid tuu sama ngan padang kot, dengan ramai orang serba
putihya, excited laa dia. Lari-lari pikul handbag mama dia. Aku yang stay tak
jauh dengan tempat kejadian hanya memerhati. Sedang khusyuk stalk tuu maka mata
ini ternampak laa ada seorang makcik ni melihat budak tuu dengan
senyuman,penuhhh kasih sayang. Masya-Allah. Aku tengok makcik tuu senyum dekat
budak tu, umpama magnet aku pun tersenyum. Tapi disebalik adegan tuu,*okeh
abaikan == tiba-tiba aku ternampak sorang makcik kat hujung tuu tengok
budak ni dengan mata tajam, seakan geram. Alemak aunty-muty oi, garangyaaa :0
kucing pun takut nak masuk dekat.Terganggu mungkin dengan budak comel tuu.
Sedang kami solat tuu,
sikecil masih sibuk dengan urusan dia. Usai solat, terdengar makcik yang garang
itu ngomel tak boleh nak khusyuk sbb budak tuu melintasi tempat dia sujud.
Surprisingly, mak cik yang penuh kasih sayang tuu ckp dia tak perasan pun budak
tuu lintas. Padahal mereka itu satu saf. See? Outcomenya makcik tuu penuh khusyuk menghadap
memuji Allah and the other makcik vice versa. Hari untuk
berkasih sayang pagi-pagi lagi disalahgunakan. ==’
I rest the story here.
Tak rugi pun memiliki sifat kasih
dan sayang ni. Rasulallah
S.A.W sangat
kaya dengan sifat ni.remember? kalau manusia as sebaik-baik ciptaan ni tak
buat, siapa lagi nak buat? habaq maii sket..
Terlintas lagu Raihan,
kasih sayang, itu titi.
kasih
sayang,penghubung hati <3
*mohon ampun maaf regarding
tatabahasa diatas.rojak habisan.memang nak kena ketuk dengan Cikgu BM zaman
sekolah dulu kalau dia baca.hehe :P
Comments