shushhhh..
Dia yang
tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan.
Burung-burung
sedang berkicau merdu mengucap tasbih.
DIAM...
Bawa seribu makna, beri seribu erti,
datangkan seribu tanda tanya..
Ada diam tanda setuju, ada diam tanda rajuk,
ada diam tanda marah, ada diam tanda cemburu, ada diam tanda kecewa, ada diam tanda sayang, ada diam mengatur strategi, ada diam kerana terpaksa, ada diam kerana pasrah, ada diam kerana amanah, ada diam kerana kerenah, dan diam jua karamah, ..
Diam antara sunnah...
Ajaran baginda nabi yang dipinggirkan ummah.
Yang mengajar kita agar diam tatkala merah menahan marah, agar tidak keluar sumpah
seranah dari hati yg sdg bernanah... Diam kadangkala menyelamatkan
silaturrahim, kadangkala menyelamatkan rumahtangga, kadangkala menghindar dari
menjadi anak derhaka, kadangkala menyelamatkan jiwa, kadangkala menghindar dari
menjadi isteri tak cium bau syurga, kadangkala merubah yang pudar menjadi
nyata, kadangkala membuatkan musuh terhenti bicara..
Silent, if it can save the world.
Because sometimes silence is golden.
It may be that
in your silence, you speak the loudest words
-
Yasmin Mogahed
so true -.- |
Comments