#38
Rabbirghfirlana Ya Allah.
Pendidikan hati.
Kalau ada subjek Pendidikan Hati macam adanya subjek
Pendidikan Jasmani, umur dah 20 macam ni pun aku tak malu nak register.
Kenapa?
Sebab aku rasa hal pendidikan hati ni penting.
Hati, raja dalam kerajaan diri.
Raja punah, kerajaan musnah.
Even Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia
baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh
jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Sahih Bukhari)
Dan aku tak rasa nak didik hati ni senang. Siapa rasa nak
didik hati sendiri tu senang, terpulang. Dan Tahniah. Barang yang dah sebati
dalam diri, bagi aku tak semudah tu nak cabut buang. Umpama nak asingkan garam
dalam tepung. Yeah, all the best!
Nak ajar hati supaya ingat Allah selalu instead of ingatkan
makhluk Allah.
Nak ajar hati supaya bersangka baik je dengan semua orang,
selalu.
Nak ajar hati supaya berhenti kisahkan sangat hal dunia.
Nak ajar hati supaya ikhlas buat semua benda kerana Allah,
untuk Allah, bukan untuk mata manusia.
Nak ajar hati supaya betul-betul khusyuk dalam solat.
Nak ajar hati supaya betul-betul terkesan dengan ayat-ayat
Al-Qur’an.
Nak ajar hati supaya berhenti cintakan harta, berhenti
cintakan benda lagha, berhenti cintakan
racun yang rosakkan jiwa tanpa sedar.
Bagi aku bukan mudah. Bukan mudah, tapi tak mustahil.
Sebab Islam dah bagi guideline.
Tak rasa ke Islam tu
indah? bila tiap semua masalah yang timbul, Islam datang bawa jalan
penyelasaian.
Islam is holistic. Remember Da?
Ubat hati dengan zikrullah. Ubat hati dengan taubat. Ubat
hati dengan istighfar.
“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
“Dan bertasbihlah pada waktu-waktu di malam hari, dan
pada waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.” – Thaha: 130
“Dan dirikanlah solat itu pada pagi dan petang, dan
pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu
menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi
orang-orang yang ingat.” –Hud: 114
Yeah, boleh dah start tanya diri sendiri. “kau buta atau kau
lupa shahida?”
Astarghfirullahalazim.
Ya Ilahi, maaf hamba tak gunakan hati yang diberi pinjam
dengan betul.
Maaf hamba kotorkan hati dengan duniawi.
Maaf hamba jarang sekali bersihkan sarang labah-labah pada
hati.
Terima kasih untuk rasa ini. Terima kasih untuk teguran ini.
Tuhan, hamba mohon tolong buangkan titik hitam pada hati.
Hamba mohon kekalkan rasa sesal ini dalam hati, agar hamba rajin
untuk menyapu dan mengemop hati.
Comments