#42




Moga dileraikan simpulan akal, fikiran, hati dan lidah.



“Nasihatmu madu penyembuh luka,
Pabila bersamamu hilang dukaku,
Lewat kusedari nilai cintamu,
Pabila kau tiada lagi disisi ku...”




Soalan yang pernah diutarakan dalam slot usrah sem lepas,
“Siapakah orang sekeliling yang anda kagumi, yang anda adore, dan mengapa?”

Dan setiap orang yang hadir memberi jawapan masing-masing. 
Ada yang jawab ibu, ayah, dan ada jugak yang mengutarakan nama lecturer masing-masing. Tak kurang jugak beberapa nama pendakwah yang tersohor dunia.

Bila sampai turn aku, sejujurnya sukar untuk aku letakkan jawapan bagi soalan yang diberi.
Tiada siapa yang aku mampu gambarkan untuk letak dalam konteks tuu.
Kosong.
Bukan aku terlebih memilih. Tapi sungguh, kosong.
Mungkin terlalu ramai sehingga otak tak mampu menilai.

Sebab bagi aku semua makhluk adalah guru. Setiap orang, binatang mahupun tumbuhan itu guru, if and only if diri kita sendiri menjadikan mereka contoh untuk kita ikuti.

Setiapa manusia dilahirkan dengan kelebihan yang berbeza-beza, ada yang mampu tenang dan senyum walaupun masalah yang mereka hadapi begitu hebat. Masalah yang mungkin kita tak mampu untuk menjadi setabah dia andai ujian itu dikenakan keatas kita.

Kita contohi caranya menangani masalah, bukankah dia guru?



Sebuah kebakaran berlaku di sebuah rumah baru-baru ini. Iya, kebakaran biasa kita dengar.
Tapi seekor ibu kucing yang sanggup mengharungi api marak untuk menyelamatkan anak-anaknya, seekor demi seekor, itu jarang kita dengar. Walaupun si kucing tahu, dia mungkin akan rentung terbakar tanpa sempat menyelamat, mungkin jugak akan ditimpa tiang hangat, mungkin jugak akan keluar dengan keadaan yang penuh parah tanpa bulu, segala mungkin yang mungkin. Dia tetap tekad untuk selamatkan anak-anaknya.

Bukankah manusia boleh mengambil iktibar bila tengok kucing berada rapat dengan anak-anaknya diluar rumah, walaupun separuh bulu si ibu sudah hangus?

Tidakkah mereka guru?



Pada pohon yang rendang, yang tetap menghasilkan bunga dan buah, biarpun tidak dihirau manusia. Biarpun terkadang dicaci manusia. Yang tetap memberikan yang baik walau bagaimanapun layanan yang diterima. Bukankah melalui mereka kita turut belajar?

Tidakkah mereka guru?



Istimewanya manusia bila dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memilih dan membuat perhitungan.

Istimewanya manusia bila dengan deria yang ada, kita mampu belajar sesuatu dan membuat refleksi.

Istimewanya manusia bila mampu merasai emosi orang lain dan melahirkan simpati.

Istimewanya manusia bila kita dicipta istimewa berbanding makhluk lain.



Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” 
- (Surat Al Mulk: 3-4)



Segala yang kita ada diberi Dia, justeru agar kita sedar yang kita sebenarnya hamba.

Agar kita tahu betapa kita hina, kudrat yang tak mampu untuk tandingi Dia.

Agar kita lebih yakin agungnya Maha Esa dan kita cuba dekatkan diri denganNya.

Dan sebenarnya semua orang adalah guru, semua yang berlaku juga guru, jika kita betul memerhati dengan hati.






Comments

Popular Posts