#45



Bismillah-arRahman-arRahim


Jumaat yang lalu, pergi tengok Amira dekat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Terasa mati ayat untuk descibe keadaan dia dengan kata-kata.
Mana taknya, dah 26 hari dalam ICU.
Sakit apa?
SLE.

"Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui."

Bak kata mak dia, bahasa senang, antibody fight sama sendiri.


Dan kalau ditukar tempat Amira dengan aku, dah lama aku sungkur agaknya,
Kalau bukan kerana nama yang ada depan pintu bilik dia, aku tak akan cakap dia yang terlantar atas katil tuu.
Kalau bukan sebab sepasang mata yang berkaca tuu, aku tak akan cakap itu dia.
Dan kalau bukan ibu dia yang cakap itulah dia, aku tak akan percaya apa yang ada depan mata tu Amira.

Luluh rasa hati.

Lemah dia memberi isyarat tangan yang dia tak boleh bercakap.
Sebab wayar besar tuu ambil alih fungsi mulut untuk bagi dia bernafas.
Tangan yang penuh kesan lebam, dengan bilik penuh dengan mesin yang ada bahasa tersendiri. 
Dan bibir yang terketar menahan sakit..
Dan keadaan yang aku tak sanggup nak descibe dah.
Hati mana yang sanggup melihat sahabat sebegitu rupa?

"Terima kasih nak.."
Itu ayat terakhir bonda Amira sebelum kami tinggalkan hospital. 
Dengan mata yang sayu, riak wajah yang sudah pasrah dengan ketentuan Ilahi, dan sabar yang masih bersisa..
Ingin saja aku hujan dalam keramaian manusia tuu.


Dalam kereta nak balik, aku senyap berfikir sendiri.
Perlahan-lahan Allah boleh saja tarik sebarang nikmat yang Dia bagi pinjam.
Bukan setakat perlahan, kalau Dia nak tarik sekaligus pun Dia lebih dari mampu.


Alhamdulillah Ya Allah..
Itu yang terpacul.
Masih cukup anggota dan berjalan fungsinya lagi hari ini.
Masih mampu sampaikan dengan suara mulut apa yang ingin disampaikan.
Masih mampu bergerak kemana sahaja kaki hendak berjalan.
Masih mampu si tangan menggapai apa keinginan.

Amira, 
Kita doakan yang terbaik menurut Allah untuk awak.
Semoga awak terus tabah, semoga awak terus kuat, semoga awak terus sabar.
A great test is only for a great person.
You are strong more than you know..

Awak tetap kawan kita, walau macam mana pun keadaannya.











Comments

Popular Posts