#54
Bismillah.
Hujung minggu. Bilik sunyi lagi macam biasa.
Dekat
luar bunyi mesin basuh yang hanya akan senyap kalau dia rosak.
Dan
langit yang tengah menangis manja.
Biasa tak semestinya selesa.
Sakit jugak bila dihukum manusia untuk sesuatu benda, "takpee dia dah biasa.."
Semudah
itu.
Orang yang dah biasa mencuri, betul ke dia suka dan selesa dgn kerja curi tu
Orang
yang kau selalu gurau kasar, betul ke dia tak ambil hati dengan gurauan tu
Orang
yang selalu kau mintak tolong belikan itu ini, betul ke benda tu tak bebankan
dia
Orang
yang kau selalu kau guna untuk kepentingan sendiri, betul ke dia tak kisah
"Takpee.. dia dah biasa dah. Aku memang macam tu dengan dia."
For once.
Stop,
observe and ponder.
Kadang
nampak orang tu okay cool je dekat luar, padahal tengah makan hati dengan sikap
kita.
Yes
dia dah biasa. Tapi mungkin biasa kerana terpaksa. Mungkin jugak buat-buat
biasa sebab malas nak panjangkan cerita.
Alasan
kau dah biasa buat macam tu dengan dia bukan bermakna dia okay je, dan kau
boleh buat lagi untuk kali ke-berapa yang kau sendiri tak kira.
Manusia tak lari dari buat dosa. Dan manusia jugak sentiasa ada ruang untuk berubah.
Put yourself in other people shoes, and think.
Comments