#32




Allah the Everlasting.


Dah lama isu ni bersarang dalam kepala.
Tapi tak mampu nak zahirkan sebab rasa tak reti nak cerita dengan kata-kata.
Sampai saat ini...


Teringat pepatah Melayu,

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Iya betul manusia mati meninggalkan nama.
Tapi bukan nama semata-mata nama.


Minggu lepas, seorang pakcik dekat kawasan taman ni meninggal. Umur 34 tahun. Askar. Tinggalkan seorang isteri dengan dua orang anak. Anak sulung umur 5 tahun dan si adik 3 tahun. Hari kejadian, sekitar jam 10 pagi dia dan keluarga tengah bersiap-siap nak pergi picnic dekat Bukit Kluang. Tiba-tiba sesak nafas. Dan ajalnya tiba masa dalam perjalanan ke hospital.
Huhu.Panggilan Tuhan yang satu tu tak de siapa boleh halang.


Jumaat lepas, ummi tengah siapkan pulut kuning entah restoran mana tempah. Terduduk dia dapat panggilan mengatakan anak muridnya yang darjah satu turut dijemput pulang. Huhu.  Mati tak kenal usia. Terdiam memikirkan rupa anak murid, sebab umi tak mengajar darjah satu.

“..yang ada sakit dalam perut tuu? Tinggi, kulit cerah?”


Ayat tu buat aku terfikir, kalau aku yang dijemput, agaknya apa yang orang akan ingat tentang aku?
Bukan sekadar Noor Shahida, sebab bukan aku sorang yang nama Noor Shahida.
Personaliti?
Sifat?
Sikap??
Dan aku rasa sikap tuu yang datang dulu.


Agaknya apa yang mengingatkan kawan-kawan Pakcik Askar ni tentang dia? Sebab aku tak boleh lupa muka wife dia sembab dek menangis banyak sangat. Tapi raut mempamer tabah. Tak boleh lupa si anak yang senyum seronok tengok ramai yang datang rumah dia, mungkin sebab dia fikir orang datang nak beraya, dilihatnya sekujur tubuh ayah berbaring, tapi otak tak mencerna apa sebenarnya yang sedang berlaku. Nama lagi budak. Tak boleh lupa muka emak dan ayah Allahyarham yang termenung jauh. Mungkin tak menyangka anak mereka pergi dulu sebelum mereka.

Dan seluruh hidup, dari saat dilahirkan hingga ke hujung nafas dikira. Bagaiman dia diwaktu kecilnya? bagaimana sikapnya? Baikkah orangnya? Bagaimana rupanya? Kerjanya apa? Anak siapa? Dan sebagainya..

Itu menjadi sebutan manusia. Baru sebutan manusia. Tak sama apa yang dihitung Dia. Huhu.

Dan aku percaya, siapa-siapa pun tak nak yang negative menjadi sebutan, yang melabelkan diri supaya orang kenal saat tubuh dah kaku kayu bisu.

Dan pastinya diri aku sendiri tak nak timbangan amalan di hadapan Maha Agung kelak memberatkan aku ke neraka. Nauzubillahhiminzalik.

Dan kita ada pilihan nak neraca timbangan tuu berat sebelah mana, kan?
Yang bukan sekadar pilihan, tapi tindakan..

 Allah berfirman ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.’  Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa Kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?    ~ Al-Mu’minuun: 114-115.


Sungguh,ini ditulis untuk Noor Shahida.
Silakan anda yang membaca ambil mana yang baik, dan tinggalkan mana yang tidak.
Untuk Allahyarham Pakcik Askar, Allahyarham adik darjah satu, dan Allahyarham Chad si watak buku. Semoga ditempatkan dengan mereka yang hampir dengan Pencipta.


HUHU. Let’s make the best of our lifetime, to Him. Shall we?








Comments

Popular Posts