#31



Tiada Tuhan melainkan Allah!



Last post bawak aku terfikir nak sambung dengan post yang ni.



According to Hairi in Versus, by Hlovate, page 157-158:

"Macam mana nak jadi baik?"

"Untuk jawab soalan tuu, aku rasa it's best to define "baik" tu dulu. Baik tu apa?"

"Baik tu baik laa.."

"Bagi aku, baik tuu bila seseorang tuu beriman dengan Allah."
" Tapi, beriman dengan Allah tu macam mana?"

"Apabila buat semua benda yang Allah disuruh, dan tinggal semua benda yang Dia larang?"

"Betul. Couldn't say it better myself. Hence, selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik laa tu."

"Vague."

"Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi belum cukup solat, belum cukup baik lagi.."
"Sama dengan lelaki, kalau baca Qur'an tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut...tu belum cukup baik.."

"Sebab tu Allah dah kata in Al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsir secara kasar, Allah kata 'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'."



Dan dihurai lagi Hlovate dihalaman 284- 287, yang dirasa menyentak jantung limpa masa baca :



"...Kalau untuk muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kalau kita ambil isu aurat laa..."
"...dengan sekadar pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi laa tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi laa tu."

Embrace Islam dengan sepenuhnya. Am I?

"It's not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It's about masuk ke dalam Islam secara total.Then THAT is 'baik'."

"Biasanya kita kat Malaysia akan lebel baik tu apabila....say...a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap. That's 'baik' for Malaysian standard. Kira cukup baik laa tu. Alim kata orang kita." 

True. Budak baik.

"Tapi kena tengok balik, pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? Kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke longe, pergi cinema, pergi concert, adakah masih boleh bawak lesen 'baik' tu jugak?"

"Kalau macam tu ..nak islah diri tu..kiranya memang bukan mudah?"

"Bukan mudah." "Kena mujahadah dan istiqamah. Tapi the beauty of Islam ramai yang tak perasan ialah.. kalau kita praktik betul-betul ikut apa yang tertulis, everything akan ikut domino effect sebenarnya."

"Domino effect?"

"Ala, awak tau kan domino effect tu.."

"Tau..yang tolak satu, semua benda ikut jatuh tu, kan?"
"Apa kaitan domino effect dengan Islam?"

"Kira tu analogi laa. Domino effect tu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction la gitu."
"Maka.. apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadat, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle dari sudut hidup ikut syariat. Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat."


Well yang ini aku rasa betul sangat. Sepatutnya dan sepatutnya.
Bila settle dari sudut solat dan ibadat, akan settle dari sudut hidup ikut syariat. Tak  akan sentuh benda haram contohnya rasuah, riba, judi dan mencuri. Sebab nak solat dan ibadat diterima Tuhan, bukan macam angin lalu semata-mata lalu.
Bila dah settle dari sudut aurat, akan settle dari sudut ikhtilat. Huhu. Iya, dengan automatiknya akan terjaga 
batas lelaki dan perempuan bila seorang perempuan tu menjaga apa yang harus dijaga dari pandangan ajnabi. Bila menjaga, pastinya tak mendekati, dan ikhtilat tuu terjaga.
Huhu. True. so true.

Dan kalau satu settle, satu lagi tak settle, kira tak embrace Islam dengan sepenuhnya laa.
Yang 'selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik laa tu.'

Masih tak ada 'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhya.' kann??
Allahu.


Huhu. Baca Versus ni since tingkatan 3 lagi, dan kau buat taktahu je isi yang ni shahida?
Naa forget it. Yang penting sekarang! Even sebelum ni perasan je tapi simpan sorang-sorang.
Kalau tahu dek Nabil, mesti dia cakap 'haishh budak bertuah ni.." hehe.

Hlovate ni selalu je bring me back. To HIM. Tak rugi baca karya dia. 
Siapa pun dia, may Allah bless you. Dan jadikan usaha dakwah ni aset untuk bawa dia ke syurga kelak. Terima kasih berkongsi. 
I do adore you akak :) . Hehh pandai2 je akak, sekali lelaki nganga je laa. Tapi aku rasa dia perempuan.heheh

Panjangnya den melalut. 
Semoga 'lalut' ini bermanfaat.
Untuk diri sendiri khususnya. Yeah kerana Melayu mudah lupa!






Comments

Popular Posts